Dengan izin Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang maka terciptalah Vocab Terengganu pada 27 Oktober 2020. Vocab Terengganu ini merupakan salah satu ahli di bawah Vocab Community yang mana ahli-ahlinya adalah pengelola kepada Vocab bagi setiap negeri di Malaysia. Untuk makluman semua, admin di bawah Vocab Terengganu merupakan anak jati Terengganu sendiri. Tujuan penubuhan Vocab Terengganu ini adalah sebagai platform perkongsian informasi berkaitan Terengganu. Admin yakin ramai di luar sana yang masih belum tahu sejarah, budaya, tempat-tempat menarik di negeri yang kaya dengan khazanah bumi dan laut. Jadi inshaAllah melalui platform ini, admin akan kongsikan banyak perkara yang melibatkan Terengganu. Moga bermanfaat! Vocab Terengganu juga mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dari pelbagai pihak dan sekiranya anda mempunyai informasi berkenaan Terengganu yang mahu dikongsikan kepada pembaca Vocab Terengganu, boleh emelkan ke vocabterengganu@gmail.com. Terima kasih di atas soko