Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2020

Bendera Negeri Terengganu

Setiap negara atau negeri pasti akan ada bendera untuk melambangkan identiti sesebuah negeri, tak terkecuali dengan negeri Terengganu Darul Iman. Jadi hari ini admin nak ajak anda untuk mengenali bendera Negeri Terengganu dan memahami maksud disebaliknya. Latar belakang warna putih membawa maksud "D.Y.M.M Sultan Terengganu" . Tanah hitam yang melingkari latar belakang warna putih bermaksud "Rakyat" . Anak bulan dan bintang tanda "agama Islam, agama rasmi negeri" .

Selamat Datang ke Vocab Terengganu

Dengan izin Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang maka terciptalah Vocab Terengganu pada 27 Oktober 2020. Vocab Terengganu ini merupakan salah satu ahli di bawah Vocab Community yang mana ahli-ahlinya adalah pengelola kepada Vocab bagi setiap negeri di Malaysia. Untuk makluman semua, admin di bawah Vocab Terengganu merupakan anak jati Terengganu sendiri.  Tujuan penubuhan Vocab Terengganu ini adalah sebagai platform perkongsian informasi berkaitan Terengganu. Admin yakin ramai di luar sana yang masih belum tahu sejarah, budaya, tempat-tempat menarik di negeri yang kaya dengan khazanah bumi dan laut. Jadi inshaAllah melalui platform ini, admin akan kongsikan banyak perkara yang melibatkan Terengganu. Moga bermanfaat! Vocab Terengganu juga mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dari pelbagai pihak dan sekiranya anda mempunyai informasi berkenaan Terengganu yang mahu dikongsikan kepada pembaca Vocab Terengganu, boleh emelkan ke vocabterengganu@gmail.com. Terima kasih di atas soko